Bab 3 Set

3.2c Set Pelengkap
1.      Set pelengkap bagi set B dalam set semesta, ξ ialah satu set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta yang bukan unsur B.
2.      Set pelengkap bagi set B diwakilkan dengan menggunakan symbol B’.
Contoh:
Jika ξ = {17, 18, 19, 20, 21, 22, 23} dan
B= {17, 20, 21}
B’ = {18, 19, 22, 23}


3.      Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan hubunganantara B, B’dan set semesta, ξ.


Set pelengkap bagi set B diwakilkan oleh rantau berlorek dalam set semesta, ξ, tetapi di luar set B.

Posted in Set