Bab 18 Kebarangkalian II

7.2 Kebarangkalian Peristiwa Pelengkap
1. Peristiwa pelengkap bagi peristiwa A dalam satu ruang sampel, S, adalah terdiri daripada semua kesudahan S yang bukan kesudahan  A.

2. Bagi peristiwa A, A’ ialah pelengkap kepada peristiwa A

   
    P (A’) = 1 – P (A)


Contoh:
Satu nombor dipilih secara rawak daripada satu set nombor bulat dari 1 hingga 40. Hitung kebarangkalian bahawa nombor yang dipilih bukan satu kuasa dua sempurna.

Penyelesaian:
Katakan
A = Peristiwa memilih satu nombor kuasa dua sempurna.
A’ = Peristiwa memilih satu nombor bukan kuasa dua sempurna.
A = {1, 4, 9, 16, 25, 36}
n(A) = 6
P( A )= n( A ) n( S )         = 6 40 = 3 20 P( A' )=1P( A )         =1 3 20 = 17 20    

Oleh itu, kebarangkalian bahawa nombor yang dipilih bukan satu kuasa dua sempurna ialah 17 20 .