Bab 19 Taburan Kebarangkalian


8.3.2 Taburan Kebarangkalian, SPM Praktis (Kertas 1)

Soalan 3:
Jisim mangga di sebuah gerai mempunyai taburan normal dengan min 200g dan sisihan piawai 30g.
(a) Cari jisim, dalam g, sebiji mangga yang mempunyai skor-z bernilai 0.5.
(b) Jika sebiji mangga dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa mangga itu mempunyai jisim sekurang-kurangnya 194g.

Penyelesaian:
μ = 200g
σ = 30g
Katakan X ialah jisim sebiji mangga.

(a)
X 200 30 = 0.5
X = 0.5(30) + 200
X = 215g

(b)
P (X ≥ 194)
= P ( Z 194 200 30 )
= P (Z ≥ –0.2)
= 1 – P (Z > 0.2)
= 1 – 0.4207
= 0.5793


Soalan 4:
Rajah di bawah menunjukkan satu graf taburan normal piawai.


Kebarangkalian yang diwakili oleh luas kawasan berlorek ialah 0.3238.
(a) cari nilai k.
(b) X ialah pemboleh ubah rawak selanjar bertaburan secara normal dengan min 80 dan varians 9.
Cari nilai X apabila skor-ialah k.

Penyelesaian:
(a)
(Z > k) = 0.5 – 0.3238 
= 0.1762
k = 0.93

(b)
μ = 80,
σ2 = 9, σ = 3
X 80 3 = 0.93
X = 3 (0.93) + 80
X = 82.79