Bab 7 Kebarangkalian I

7.4 Kebarangkalian, SPM Praktis (Kertas 1)
Soalan 5:
Sebuah kotak mengandungi 36 pemadam hijau dan beberapa ketul pemadam merah.
Jika seketul pemadam dipilih secara rawak daripada kotak itu, kebarangkalian seketul pemadam berwarna merah dipilih ialah 5 8 . Cari bilangan pemadam merah.

Penyelesaian:
Kebarangkalian memilih pemadam hijau =1 5 8 = 3 8
Jumlah pemadam dalam kotak =36× 8 3 =96

Oleh itu, bilangan pemadam merah dalam kotak = 96 – 36 = 60 


Soalan 6:
Sebuah kotak mengandungi guli biru dan guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak daripada kotak itu. Kebarangkalian memilih sebiji guli biru ialah 6 11 . Jika terdapat 30 biji guli hijau dalam kotak, berapa biji guli biru dalam kotak itu.

Penyelesaian:
Kebarangkalian memilih sebiji guli hijau =1 6 11 = 5 11

Jumlah guli dalam kotak =30× 11 5 =66

Oleh itu, bilangan guli biru dalam kotak = 66 – 30 = 36 


Soalan 7:
Jadual di bawah menunjukkan taburan sekumpulan 90 orang murid yang mengambil bahagian dalam satu program latihan sepakan penalty.

Tingkatan 4
Tingkatan 5
Perempuan
33
15
Lelaki
18
24

Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu untuk memulakan sepakan.
Apakah kebarangkalian seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima akan dipilih?

Penyelesaian:
P (seorang murid lelaki Tingkatan 5)
= 24 90 = 4 15



Soalan 8:
Rajah di bawah menunjukkan beberapa keeping kad  nombor.


Sekeping kad dipilih secara rawak. Nyatakan kebarangkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor perdana.

Penyelesaian:
Nombor perdana = {11, 19, 37}
P (suatu nombor perdana)
= 3 6 = 1 2

Bab 7 Kebarangkalian I

7.4 Kebarangkalian, SPM Praktis (Kertas 1)
Soalan 1:
Sebuah kotak mengandungi 5 biji guli merah jambu dan 21 guli kuning. Sharon memasukkan lagi 4 biji guli merah jambu dan 1 biji guli kuning ke dalam kotak itu. Sebiji guli dipilih secara rawak daripada kotak itu.
Apakah kebarangkalian sebiji guli merah jambu akan dipilih?

Penyelesaian:
Jumlah guli merah jambu = 5 + 4 = 9
Jumlah guli kuning = 21 + 1 = 22
Jumlah guli dalam kotak = 9 + 22 = 31
P( guli merah jambu )= 9 31


Soalan 2:
Dalam satu kumpulan 80 orang pengawas, 25 orang daripadanya adalah pengawas perempuan. Kemudian seramai 10 orang pengawas lelaki meninggalkan kumpulan itu.
Jika seorang pengawas dipilih secara rawak daripada kumpulan itu, nyatakan kebarangkalian bahawa pengawas yang dipilih itu adalah lelaki.

Penyelesaian:
Bilangan pengawas lelaki = 80 – 25 = 55

Selepas 10 lelaki meninggalkan kumpulan,
Bilangan pengawas lelaki yang baru = 55 – 10 = 45

Jumlah bilangan pengawas = 25 + 45 = 70

P( pengawas lelaki )= 45 70 = 9 14


Soalan 3:
60 orang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian. Jika seorang dipilih secara rawak daripada semua peserta, kebarangkalian memilih seorang peserta lelaki ialah 8 15 . Jika terdapat 12 orang lelaki dan 3 orang perempuan tidak layak ke pusingan kedua, cari kebarangkalian bahawa seorang lelaki dipilih daripada peserta-peserta dalam pusingan kedua.

Penyelesaian:
Bilangan peserta lelaki 60× 8 15 =32

Selepas 12 orang lelaki dan 3 orang perempuan tidak layak ke pusingan kedua,
Jumlah peserta yang tinggal = 60 – 15 = 45

Peserta lelaki di pusingan kedua = 32 – 12 = 20

P( peserta lelaki )= 20 45 = 4 9



Soalan 4:
John mempunyai koleksi setem dari Thailand, Indonesia dan Singapura. Dia memilih sekeping setem secara rawak. Kebarangkalian memilih sekeping setem Thailand ialah 1 5  dan kebarangkalian memilih sekeping setem Indonesia ialah 8 15 .  John mempunyai 20 keping setem Singapura. Hitungkan jumlah koleksi setem bagi John.

Penyelesaian:
Kebarangkalian memilih sekeping setem Singapura
=1 1 5 8 15 = 4 15

Diberi John mempunyai 20 setem Singapura
Maka, jumlah koleksi setem bagi John
= 15 4 ×20 =75


Bab 7 Kebarangkalian I

7.3 Kebarangkalian suatu Peristiwa

(A) Kebarangkalian suatu Peristiwa
1.      Kebarangkalian bagi suatu peristiwa  A, P(A) berlaku diberi oleh

   P(A)= bilangan kali berlakunya peristiwa A bilangan cubaan        P(A)= n(A) n(S)    dengan keadaan 0P(A)1

2.      Jika P(A) = 0, maka peristiwa A pasti tidak berlaku.
3.      Jika P(A) = 1, maka peristiwa A pasti berlaku.

Contoh 1:
Jadual di bawah menunjukkan taburan sekumpulan 80 orang murid yang mengambil bahagian dalam satu permainan.


Tingkatan Empat
Tingkatan Empat
Perempuan
28
16
Lelaki
12
24

Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu untuk memulakan permainan.
Apakah kebarangkalian seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima akan dipilih?

Penyelesaian:
Katakan
A= Peristiwa seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima dipilih
S= Ruang sampel
n(S) = 28 + 12 + 16+ 24 = 80
n(A) = 24
P(A)= n(A) n(S)           = 24 80 = 3 10


(B) Menjangkakan bilangan kali berlakunya sesuatu peristiwa
Jika kebarangkalian bagi suatu peristiwa A dan bilangan cubaan diberi, maka bilangan kali berlakunya peristiwa A yang dijangkakan
= P(A) × Bilangan cubaan

Contoh 2:
Dalam satu sesi latihan bola sepak, kebarangkalian percubaan Ahmad menjaringkan gol ialah . Dalam 40 percubaan yang dipilih secara rawak, berapa kalikah Ahmad dijangka akan menjaringkan satu gol?

Penyelesaian:
Bilangan kali Ahmad dijangka akan menjaringkan satu gol
= × 40
= 25  


(C) Menyelesaikan masalah yang melibatkan kebarangkalian bagi suatu peristiwa
Contoh 3:
Kelvin mempunyai 30 sapu tangan yang terdiri daripada warna putih, biru dan merah. Jika satu sapu tangan dipilih secara rawak, kebarangkalian memilih sehelai sapu tangan berwarna putih ialah 2 5 .  Hitung
(a)  bilangan sapu tangan yang berwarna putih.
(b)  kebarangkalian memilih sekeping sapu tangan berwarna biru jika Kelvin mempunyai 8 helai sapu tangan yang berwarna merah.

Penyelesaian:
Katakan 
P= Peristiwa sapu tangan berwarna putih dipilih.
B= Peristiwa sapu tangan berwarna biru dipilih.
M= Peristiwa sapu tangan berwarna merah dipilih.
S= Sample space
(a)
n(S) = 30
n(P)=P(P)×n(S)         = 2 5 ×30=12
(b)
Given n(M) = 8
n(B) = 30 – 12 – 8 = 10
P(B)= n(B) n(S)         = 10 30 = 1 3


Bab 7 Kebarangkalian I

7.2 Peristiwa
(A) Menyatakan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat tertentu
1.      Jika suatu syarat tertentu diberi, kita boleh menyenaraikan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat-syarat yang diberi.

Contoh 1:
Suatu nombor dua-digit yang tidak melebihi 25 dipilih secara rawak. Senaraikan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat-syarat yang berikut.
(a)  Satu kuasa dua sempurna dipilih.
(b)  Satu nombor perdana dipilih.

Penyelesaian:
Ruang sampel, S
= {10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25}

(a)
Satu kuasa dua sempurna dipilih.
= {16, 25}

(b)
Satu nombor perdana dipilih
= {11, 13, 17, 19, 23}


(B) Peristiwa bagi suatu ruang sampel
1.      Peristiwa ialah set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu .
2.      Peristiwa adalah suatu subset bagi ruang sampel.

Contoh 2:
Sebiji duit syiling dan sebiji dadu dilambung pada masa yang sama. Peristiwa-peristiwa  P dan Q ditakrifkan seperti yang berikut.
P= Peristiwa mendapat ‘Gambar’ daripada duit syiling dan nombor ganjil daripada dadu.
Q= Peristiwa mendapat ‘Angka’ daripada duit syiling dan nombor lebih daripada 2 daripada dadu.
(a)  Senaraikan ruang sampel, S.
(b)  Senaraikan unsur-unsur bagi
          (i)    peristiwa P,
          (ii) peristiwa Q.

Penyelesaian:
(a)
Ruang sampel, S
= { (H, 1), (H, 2), (H, 3), (H, 4), (H, 5), (H, 6), (T, 1), (T, 2), (T, 3), (T, 4), (T, 5), (T, 6) }

(b)(i)
P= { (H, 1), (H, 3), (H, 5) }
← (Kesudahan yang mungkin bagi Peristiwa P:  mendapat ‘Gambar’ daripada duit syiling dan nombor ganjil daripada dadu.)

(b)(ii)
Q= { (T, 3), (T, 4), (T, 5), (T, 6) }
← (Kesudahan yang mungkin bagi Peristiwa Q : mendapat ‘Angka’ daripada duit syiling dan nombor lebih daripada 2 daripada dadu.)

Bab 7 Kebarangkalian I

7.1 Ruang Sampel
(A) Uji kaji
1.      Uji kaji ialah suatu proses dalam membuat pemerhatian untuk mendapat keputusan yang dikehendaki.
2.      Kesudahanuji kaji ialah keputusanyang mungkin diperoleh daripada satu uji kaji.


(B)  Menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji
1.      Kita boleh menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji dengan menjalankan uji kaji atau secara penaakulan.

Contoh 1:
Enam keping kad yang ditunjukkan dalam rajah di atas dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.

Penyelesaian:
Semua kesudahan yang mungkin ialah O, R, A, N, G, E.


(C)       Ruang sampel suatu uji kaji
1.      Ruang sampel, S, ialah koleksi semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu uji kaji.
2.      Huruf S digunakan untuk mewakili ruang sampel dan semua kusudahan yang mungkin ditulis dalam kurungan, { }.

Contoh 2:
Satu huruf dipilih daripada perkataan ‘GARDEN’.
(a)  Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.
(b)  Tulis ruang sampel, S, menggunakan tatatanda set.

Penyelesaian:
(a)  Kesudahan yang mungkin ialah G, A, R, D, E dan N.
(b)  Ruang sampel, S = { G, A, R, D, E, N }