3.2b Set Semesta
1.
Set semesta
ialah set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan.
2.
Set semesta diwakilkan dengan menggunakan symbol, ξ.
Contoh:
Diberi set semesta, ξ = {nombor bulat kurang daripada 9}, A = {nombor perdana} dan B = {gandaan bagi 4}.
(a)
Senaraikan semua unsur bagi set A dan set B.
(b)
Lukiskan gambar rajah Venn untuk mewakilkan hubungan antara set-set yang berikut.
(i)
ξ dan A
(ii)
ξ, A dan B
Penyelesaian:
(a)
ξ = {0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8}
A= {2, 3, 5, 7}
B= {4, 8}
(b)(i)
(b)(ii)