3.3 Operasi ke Atas Set
3.3a Persilangan Set
1. Persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai P ∩ Q, ialah satu set yang unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P dan set Q.
2. Persilangan bagi set P, set Q dan set R, diwakilkan sebagai P ∩ Q ∩ R, ialah satu set yang unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P, set Q dan set R.
3. Mewakilkan persilangan set dengan menggunakan gambar rajah Venn seperti berikut.
(a) P ∩ Q(b) Q⊂P, maka P∩Q=Q
(c) P ∩ Q = ϕ
Tidak ada persilangan antara set P dan set Q.
(d) P ∩ Q ∩ R
Contoh 1:
Diberi A = {3, 4, 5, 6, 7}, B = {4, 5, 7, 8, 9, 12} dan C = {3, 5, 7, 8, 9, 10}.
(a) Cari A ∩ B ∩ C.
(b) Lukis sebuah gambar rajah Venn untuk mewakilkan A ∩ B ∩ C.
Penyelesaian:
(a) A ∩ B ∩ C = {5, 7}
(b)
4. Set pelengkap bagi persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai (P ∩ Q)’, ialah satu set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta, ξ, yang bukan unsur P ∩ Q.
5. Set pelengkap (P ∩ Q)’ diwakilkan oleh rantau berlorek yang ditunjukkan dalam
gambar rajah Venn di bawah.
gambar rajah Venn di bawah.