3.6 Fungsi Kuadratik, SPM Praktis (Soalan Pendek)
Soalan 1:
Cari nilai minimum bagi fungsi f (x) = 2x2 + 6x + 5. Nyatakan nilai xyang menjadikan f (x) satu nilai minimum.
Penyelesaian:
Menyempurnakan kuasa dua bagi f (x) dalam bentuk f (x) = a(x + p)2 + q untuk mencari nilai minimum bagi fungsi f (x).
Didapati a = 2 > 0,
Soalan 2:
Fungsi kuadratik f (x) = –x2 + 4x + k2, dengan keadaan k ialah pemalar, mempunyai nilai maksimum 8.
Cari nilai-nilai yang mungkin bagi k.
Penyelesaian:
f (x) = –x2 + 4x + k2
f (x) = –(x2 – 4x) + k2 ← [cara menyempurnakan kuasa dua bagi f (x)
dalam bentuk f (x) = a(x+ p)2 + q]
f (x) = –[x2 – 4x + (–2)2 – (–2)2] + k2
f (x) = –[(x – 2)2 – 4] + k2
f (x) = –(x – 2)2 + 4 + k2
Diberi nilai maksimum ialah 8.
Maka, 4 + k2 = 8
k2
= 4
k
= ±2