3.1b Graf Fungsi Kuadratik
1.
Graf fungsi kuadratik berbentuk parabola.
2.
Apabila pekali bagi x2 ialah positif, a > 0, graf adalah parabola berbentuk U
.
3.
Apabila pekali bagi x2 ialah negative, a < 0, graf adalah parabola berbentuk ∩.
(A) Paksi simetri
Paksi simetri adalah satu garis tegak lurus yang melalui titik maksimum atau titik minimum graf parabola.