Bab 15 Vektor


4.1 Pengenalan Vektor

(A) Kuantiti Vektor dan Kuantiti Skalar
1.   Vektor ialah kuantiti yang mempunyai maginitud dan arah.
2.   Skalar ialah kuantiti yang mempunyai magnitud sahaja.
3.   Misalnya, magnitud vektor OA  ialah panjang OA dan arahnya adalah dari O ke A. OA  boleh ditandakan sebagai a˜  dan magnitudnya pula ditandakan sebagai |OA|atau|a˜|.  

(B) Vektor sebagai Garis Terarah
1.   Vektor AB  mewakili satu vektor yang mempunyai magnitud AB  dan menghala dari A ke B. Magnitud AB  ditulis sebagai |AB| .


(C) Kesamaan Dua Vektor
1.   Dua vektor adalah sama jika kedua-duanya mempunyai magnitud dan arah yang sama.
Misalnya,
a˜=b˜Jika (a) |a˜|=|b˜|,(b) arah a˜ dan b˜ sama.

2.   Vektor negatif bagi AB  ialah vektor yang mempunyai magnitud yang sama dengan AB  
tetapi dalam arah yang bertentangan dengan arah AB . Vektor negatif bagi AB  boleh
ditulis sebagai AB atau BA  . Vektor negatif bagi a˜ ditulis sebagaia˜.


3.   Vektor sifar, 0˜  , ialah vektor yang mempunyai magnitud sifar dan arahnya tidak tertakrif.