8.2.1 Sudut di antara Tangen dengan Perentas (Contoh Soalan)
Contoh 2:
Dalam rajah, PQR ialah tangen kepada bulatan QSTU di titik Q.
Cari nilai bagi y.
Penyelesaian:
∠QUT = 180o– 98o ← (sudut bertentangan dalam sisi empat kitaran QSTU)
= 82o
∠QTU = 75o ← (sudut dalam tembereng selang-seli)
Oleh itu y = 180o – (82o + 75o) ← (Jumlah sudut dalaman ∆ QTU)
= 23o
Contoh 3:
Dalam rajah, PQR ialah tangen kepada bulatan QSTU di titik Q.
Cari nilai bagi
(a) x
(b) y
(a) x
(b) y
Penyelesaian:
(a)
∠UTS + ∠UQS = 180o ← (sudut bertentangan dalam sisi empat kitaran QSTU)
105o + ∠UQS = 180o
∠UQS = 75o
x + 75o + 20o = 180o ← (Jumlah sudut garis lurus PQR = 180o)
x + 95o = 180o
x = 85o
(b)
∠PQU = ∠QSU ← (sudut dalam tembereng selang-seli)
85o = 35o + y
y = 50o
Contoh 4:
Dalam rajah, ABC ialah tangen kepada bulatan BDE dengan pusat O, di titik B.
Cari nilai bagi x.
Penyelesaian:
∠ABE = ∠BDE = 63o
Dalam ∆ABE,
xo + 45o + 63o = 180o
xo + 108o = 180o
x = 72