3.2c Set Pelengkap
1. Set pelengkap bagi set B dalam set semesta, ξ ialah satu set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta yang bukan unsur B.
2. Set pelengkap bagi set B diwakilkan dengan menggunakan symbol B’.
Contoh:
Jika ξ = {17, 18, 19, 20, 21, 22, 23} dan
B = {17, 20, 21}
B’ = {18, 19, 22, 23}
3. Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan hubungan antara B, B’ dan set semesta, ξ.
Set pelengkap bagi set B diwakilkan oleh rantau berlorek dalam set semesta, ξ, tetapi di luar set B.