SPM 2016 Matematik (Kertas Ramalan)

Bahagian B
(48 markah)
Jawab mana-mana empat soalan dalam bahagian ini.

14.  Data dalam rajah 9 menunjukkan berat daging, dalam kg, yang dijual setiap hari dalam tempoh 40 hari.

  36     63    43    47     67    71     68     79       92       49

  41     52     66     78     84     55     77     86     58     94

  60     74     73     62     56     68     46     35     72     68

  80     40     57     59     71     81     92     60     63     53 
                
Rajah  9

(a)    Berdasarkan data di Rajah 9, lengkapkan Jadual 2 pada ruang jawapan.
[4 markah ]

(b)   Berdasarkan Jadual 2, hitung min anggaran berat daging yang dijual dalam tempoh 40 hari.
[3 markah]


(c) Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman. Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 kg pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 1 hari  pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data tersebut.
[4 markah]

(d)   Berdasarkan histogram yang dilukis di 14(c), nyatakan satu maklumat berkaitan dengan berat daging yang dijual setiap hari.
[1 markah]
Jawapan :
(a)
Berat (kg)
Titik tengah
Kekerapan
30 – 39




















Jadual 2

Jawapan dan penyelesaian:
(a)
Berat (kg)
Titik tengah (x)
Kekerapan (f)
30 – 39
34.5
2
40 – 49
44.5
6
50 – 59
54.5
7
60 – 69
64.5
10
70 – 79
74.5
8
80 – 89
84.5
4
90 – 99
94.5
3

(b)
Min = Σ x f Σ f = 34.5 ( 2 ) + 44.5 ( 6 ) + 54.5 ( 7 ) + 64.5 ( 10 ) + 74.5 ( 8 ) + 84.5 ( 4 ) + 94.5 ( 3 ) 40 = 2580 40 = 64.50 k g  

(c)

(d)
Modal kelas ialah 60 – 69.