4.2 Pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’ (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’, lengkapkan setiap yang berikut supaya membentuk satu pernyataan benar.
(a)
_____ segi empat tepat adalah segi empat sama.
(b)
_____ nombor perdana adalah nombor ganjil.
(c)
_____ Segi tiga mempunyai sisi sama.
(d)
_____ nombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.
Penyelesaian:
(a)
Sebilangansegi empat tepat adalah segi empat sama.
(b)
Sebilangannombor perdana adalah nombor ganjil.
(c)
SebilanganSegi tiga mempunyai sisi sama.
(d)
Senuanombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.
Soalan 2:
Bina satu pernyataan benar dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’ berdasarkan objek dan ciri yang diberi.
(a)
Objek: nombor gandaan bagi 4
Ciri: boleh dibahagi tepat dengan 5
(b)
Objek: heksagon sekata.
Ciri: 6 sisi sama.
(c)
Objek: sudut tirus
Ciri: kurang daripada 90o
Penyelesaian:
(a)
Sebilangan nombor gandaan bagi 4 boleh dibahagi tepat dengan 5.
(b)
Semua heksagon sekata mempunyai 6 sisi sama.
(c)
Semua sudut tirus adalah kurang daripada 90o.