Bab 5 Garis Lurus

5.4 Persamaan Garis Lurus
1.      Jika nilai kecerunan, m, dan pintasan-y, cdiberi, maka satu persamaan garis lurus y= mx + c boleh dibentuk.
2.      Jika suatu garis lurus diwakili oleh persamaan berbentuk y = mx + c, maka
          (a)  m ialah kecerunan,
          (b)  c ialah pintasan-y

Contoh 1:
Diberi persamaan bagi suatu garis lurus ialah y = 3 – 4x. Cari kecerunan dan pintasan-ybagi garis ini.
Penyelesaian:
y= 3 – 4x
y= – 4x + 3 ← (y = mx + c)
Oleh itu, kecerunan, m = – 4
pintasan-y, c = 3

3.      Jika suatu persamaan garis lurus ditulis dalam bentuk ax + by + c = 0, maka tukarnya kepada bentuk y = mx+ c untuk mencari nilai kecerunan dan pintasan-y.

Contoh 2:
Diberi persamaan bagi suatu garis lurus ialah 4x + 6y– 3 = 0. Cari kecerunan dan pintasan-ybagi garis ini.
Penyelesaian:
4x + 6y – 3 = 0
6y = –4 x + 3
y= 2 3 x+ 1 2 y=mx+c  Kecerunan m= 2 3      pintasan-y, c= 1 2