5.3 Pintasan (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Pintasan-x bagi garis lurus ST
ialah
Penyelesaian:
Koordinat-x bagi titik persilangan pada garis lurus dengan paksi-x ialah –0.4.
Oleh itu, pintasan-x bagi garis lurus ST
ialah –0.4.
Soalan 2:
Cari pintasan-x bagi garis lurus 2x + 3y+ 6 = 0.
Penyelesaian:
2x + 3y + 6 = 0
Pada pintasan-x, y = 0
2x + 3(0) + 6 = 0
2x = –6
x= –3
Soalan 3:
Cari pintasan-y bagi garis lurus 12x – 15y = 60.
Penyelesaian:
12x – 15y = 60
Pada pintasan-y, x = 0
12(0) – 15y= 60
–15y = 60
y = –4