Bab 16 Fungsi Trigonometri

5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif dalam Darjah dan Radian
1.Sudut positif ialah sudut yang diukur mengikut arah lawan jam dari arah positif paksi-x.
2.Sudut negatif ialah sudut yang diukur mengikut arah jam dari arah positif paksi-x.


3.Satu putaran lengkap ialah 360°atau 2π radian.


Contoh:
Tunjukkan setiap sudut yang berikut dalam rajah yang berasingan dan nyatakan sukuan terletaknya sudut tersebut.
(a) 410°
(b) 890°
(c) 22 9 π radian
(d) 10 3 π radian
(e) –60o
(f) –500°
(g)3 1 4 π radian

Penyelesaian:
(a)
410° = 360° + 50°
Maka, sudut 410° terletak pada sukuan pertama.

(b)
890° = 720° + 170°
Maka, sudut 170° terletak pada sukuan kedua.

(c)

22 9 π rad=( 2π+ 4 9 π ) rad= 360 o + 80 o
Maka, sudut 22 9 π radian  terletak pada sukuan pertama.

(d)

10 3 π rad=( 3π+ 1 3 π ) rad= 540 o + 60 o  
Maka, sudut 10 3 π radian  terletak pada sukuan ketiga.

(e)
Maka, sudut –60° terletak pada sukuan keempat.

(f)
–500° = –360° – 140°
Maka, sudut –500° terletak pada sukuan ketiga.

(g)

3 1 4 π rad=( 3π 1 4 π ) rad= 540 o 45 o  

Maka, sudut 3 1 4 π radian  terletak pada sukuan kedua.