Bab 7 Kebarangkalian I

7.4 Kebarangkalian, SPM Praktis (Kertas 1)
Soalan 5:
Sebuah kotak mengandungi 36 pemadam hijau dan beberapa ketul pemadam merah.
Jika seketul pemadam dipilih secara rawak daripada kotak itu, kebarangkalian seketul pemadam berwarna merah dipilih ialah 58 . Cari bilangan pemadam merah.

Penyelesaian:
Kebarangkalian memilih pemadam hijau =158=38
Jumlah pemadam dalam kotak =36×83=96

Oleh itu, bilangan pemadam merah dalam kotak = 96 – 36 = 60 


Soalan 6:
Sebuah kotak mengandungi guli biru dan guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak daripada kotak itu. Kebarangkalian memilih sebiji guli biru ialah 611 . Jika terdapat 30 biji guli hijau dalam kotak, berapa biji guli biru dalam kotak itu.

Penyelesaian:
Kebarangkalian memilih sebiji guli hijau =1611=511

Jumlah guli dalam kotak =30×115=66

Oleh itu, bilangan guli biru dalam kotak = 66 – 30 = 36 


Soalan 7:
Jadual di bawah menunjukkan taburan sekumpulan 90 orang murid yang mengambil bahagian dalam satu program latihan sepakan penalty.

Tingkatan 4
Tingkatan 5
Perempuan
33
15
Lelaki
18
24

Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu untuk memulakan sepakan.
Apakah kebarangkalian seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima akan dipilih?

Penyelesaian:
P (seorang murid lelaki Tingkatan 5)
=2490=415



Soalan 8:
Rajah di bawah menunjukkan beberapa keeping kad  nombor.


Sekeping kad dipilih secara rawak. Nyatakan kebarangkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor perdana.

Penyelesaian:
Nombor perdana = {11, 19, 37}
P (suatu nombor perdana)
=36=12