Bab 7 Statistik

7.1b Mod
Mod ialah cerapan yang mempunyai kekerapan paling tinggi dalam suatu set.

Contoh 1:
Cari mod bagi setiap set data yang berikut.
(a) 15, 18, 21, 25, 20, 18
(b) 3, 6, 9, 11, 17
(c) 0, 1, 2, 7, 3, 2, 1, 1, 2, 1, 2

Penyelesaian:
(a) Mod ialah 18. ← (18 berulang sebanyak 2 kali)
(b) Tiada mod.
(c) Mod ialah 1 dan 2. ← (kedua-dua nombor berulang 4 kali)


Bab 7 Statistik

Bab 7 Statistik
7.1a Min

Min= Hasil tambah nilai data Bilangan data  

(A) Data Tak Terkumpul


Contoh 1:
(a) Cari min bagi set data 2, 4, 7, 10, 13, 16 dan 18.
(b) Apabila suatu nilai x ditambah ke dalam set data di (a), nilai baru min menjadi 9.5. Tentukan nilai x.

Penyelesaian:
(a)
x ¯ = 2+4+7+10+13+16+18 7 x ¯ = 70 7 =10

(b)
Min baru =9.5 70+x 8 =9.5 70+x=76 x=6


(B) Data Terkumpul (tanpa Selang Kelas)


Contoh 2:
Jadual kekerapan yang berikut menunjukkan markah ujian biologi bagi 40 orang pelajar.

Markah
50
55
60
65
70
Bilangan pelajar
6
8
15
10
1

Kira min markah.

Penyelesaian:
Min markah,  x ¯ x ¯ = ( 50 )( 6 )+( 55 )( 8 )+( 60 )( 15 )+( 65 )( 10 )+( 70 )( 1 ) 6+8+15+10+1 x ¯ = 2360 40 =59


(C) Data Terkumpul (dengan Selang Kelas)


Contoh 3:
Jadual yang berikut menunjukkan taburan kekerapan skor yang diperoleh 100 pelajar dalam suatu pertandingan.

Skor
Kekerapan
5 – 9
4
10 – 14
10
15 – 19
19
20 – 24
26
25 – 29
21
30 – 34
12
35 – 39
8

Kira min skor.

Penyelesaian:

Skor
Kekerapan f
Nilai tengah x
fx
5 – 9
4
7
28
10 – 14
10
12
120
15 – 19
19
17
323
20 – 24
26
22
572
25 – 29
21
27
567
30 – 34
12
32
384
35 – 39
8
37
296
Jumlah

100
2290

Nilai tengah= 5+9 2 =7 Min skor,  x ¯ = fx f = 2290 100 =22.9